Title
Standard Industri Kraf Tangan Malaysia – Penilaian bagi Pengelasan Industri Kraf Tangan Malaysia
Commenting Period
14/12/2020 – 27/12/2020
Download
Download Draft
Download Comment Form
Draft highlights

Industri kraf tangan di Malaysia merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri kraf tangan Malaysia terbahagi kepada lima bidang utama iaitu tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.

Industri kraf tangan Malaysia dikategorikan sebagai kategori pembuatan. Berdasarkan kepada rekod pendaftaran usahawan kraf, kebanyakan industri/usahawan kraf tangan Malaysia adalah tergolong dalam kategori PKS dan mikro.

Standard ini dibangunkan bertujuan memberi penilaian kepada produk kraf tangan Malaysia berdasarkan kepada parameter yang ditetapkan iaitu produk, keupayaan teknikal, keupayaan pengeluaran, amalan baik, kecekapan pengurusan, kekukuhan kewangan dan prestasi perniagaan.
Penganugerahan kelas industri/usahawan dan logo produk kraf tangan Malaysia akan diberikan kepada industri/usahawan yang layak setelah penilaian menyeluruh dibuat. Standard ini juga boleh diguna pakai sebagai garis panduan pengelasan kepada komuniti kraf tangan.