Title
Penarafan Hijau bagi fasiliti bangunan kediaman dan bukan kediaman
Commenting Period
4/1/2019 – 12/4/2019
Download
Download Draft
Download Comment Form
Draft highlights
Standard ini dibangunkan bagi membantu industri pembinaan mencapai piawaian bangunan hijau yang diiktiraf menurut keperluan semasa dengan mengambilkira pelbagai amalan pengurusan hijau yang baik. Standard ini dibuat dengan bersifat deskriptif beserta penerangan yang menyeluruh. Standard ini telah dibangunkan berdasarkan dokumen Penarafan Hijau JKR yang telah diterbitkan oleh JKR pada tahun 2015. Keperluan standard ini mengambil kira amalan terbaik dan disusun mengikut turutan proses pelaksanaan sesebuah projek bangunan.

Standard ini menetapkan kriteria penilaian dan kaedah untuk menilai kelestarian sesebuah fasiliti bangunan. Standard Penarafan Hijau ini memberi penekanan kepada tujuh bidang utama iaitu perancangan dan pengurusan tapak lestari, pengurusan kecekapan tenaga, pengurusan sumber dan bahan, pengurusan kecekapan penggunaan air, pengurusan kualiti persekitaran dalaman, pengurusan fasiliti lestari dan inovasi dalam reka bentuk.

Standard ini digunakan untuk pembangunan baru, sedia ada dan penarafan semula. Ia merangkumi fasiliti bangunan kediaman dan bukan kediaman kecuali fasiliti kesihatan.