Title |
---|
Garis Panduan Keselamatan Pembekalan Dan Penggunaan Bahan Kimia Klorin Untuk Sistem Bekalan Air |
Commenting Period |
14/12/2020 – 27/12/2020 |
Download |
Download Draft Download Comment Form |
Draft highlights |
---|
Klorin merupakan bahan kimia yang digunakan sebagai agen nyah cemar (disinfeksi) dalam air minuman secara meluas sejak ia berjaya dipraktikkan dalam sistem bekalan air pada tahun 1908. Hampir semua loji bekalan air (LRA) di Malaysia menggunakan klorin sebagai agen nyah cemar utama untuk membunuh patogen dan bahan pencemar yang membahayakan para pengguna. Klorin ialah sejenis bahan kima yang sangat bermanfaat untuk pembekalan air bersih bagi kegunaan harian, tetapi jika tidak diurus dengan baik dan teratur ia juga boleh menjadi punca berlakunya kemalangan besar. Sebagai bahan kimia yang berbahaya, klorin merupakan suatu potensi risiko ke atas pengendalinya (pekerja loji rawatan air), orang awam dan alam sekitar. Pemahaman secara menyeluruh terhadap risiko klorin adalah sangat penting bagi memastikan pengurusan, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan klorin dilakukan dengan selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang awam. Tujuan utama garis panduan ini dibangunkan adalah sebagai panduan yang praktikal berkenaan keselamatan bagi pembekalan, pengendalian dan penggunaan bahan kimia klorin untuk sistem bekalan air kepada pembekal/pengilang dan operator air di loji rawatan air (LRA) dengan matlamat: |