SIRIM STS

Online Registration System
SIRIM Technical Library OPAC
SIRIM Standards Store
E-Learning
Draft SIRIM Industry for Public Comments

QUESTIONS? CALL: +603-5544 6200
  • Home
  • About Us
  • Our Services
    • Training & Consultancy Services
      • Standards Based Management Systems
      • Lead Auditor Courses
      • Quality Tools & Techniques and Best Practices
      • Management and Soft Skills Training
      • IR4.0, Q4.0 & CompTIA and Welding & NDT
      • Standards Implementation Training
      • E-Learning
      • Personnel Certification Programmes
    • Standards & Consultancy Services
      • SIRIM Industry Standards
      • Standards Consultancy
    • Industrial Support & Services 
      • National WTO/TBT Enquiry Point
      • SIRIM Technical Library
      • Sales of Standards
  • Events
  • Media
    • Picture Gallery
    • Video Gallery
  • Contacts

News

SIARAN MEDIA – SIRIM STS, HOSPITAL PAKAR AN NUR JALIN KERJASAMA LATIHAN PROFESIONAL PATUH SYARIAH

Friday, 24 March 2023 by admin

BANGI, 17 MAC 2023: SIRIM STS Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hospital Pakar An-Nur, hari ini bagi membangunkan modul latihan profesional patuh syariah dalam perkhidmatan perubatan.

Melalui persefahaman tersebut, kedua-dua pihak turut bekerjasama dalam Pembangunan Modul Latihan Patuh Syariah dan Program Berkaitan Sistem Pengurusan Berasaskan Standard Syariah untuk tujuan latihan kepada sektor perkhidmatan perubatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, kerjasama strategik tersebut adalah usaha menyokong langkah industri perkhidmatan perubatan tempatan melahirkan lebih banyak pengamal perkhidmatan perubatan yang memiliki profesional yang diperakui bagi menjadikan organisasi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Inisiatif ini dapat menyokong usaha melahirkan institusi yang mempunyai nilai tambah sebagai profesional diperakui, seterusnya membantu pertumbuhan nasional bagi modal insan industri perkhidmatan perubatan tempatan, ke arah menjadikan organisasi yang lebih kompetitif di peringkat global,” katanya.
“Sehingga kini sebanyak 31 Program Profesional yang Diperakui dalam pelbagai bidang telah diperkenalkan sejak 2015 dan melalui program ini sejumlah 903 anggota kerja yang mengikuti latihan ini telah diperakui oleh SIRIM STS Sdn Bhd,” katanya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS, Nik Sazali Nik Hussin. Manakala, Hospital Pakar An-Nur diwakili oleh Pengarahnya, Mohd Adam Mohd Said dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr. Shaharom Md Shariff, di sini.

Pengarah Hospital Pakar An-Nur, Mohd Adam Mohd Said berkata, Hospital Pakar An-Nur merupakan hospital swasta pertama yang memiliki pengiktirafan daripada SIRIM sejak tahun 2015 menerusi Shariah Based Quality Management System MS1900:2014. Pensijilan ini menuntut pematuhan dan komitmen yang tinggi dan menyeluruh dalam amalan perniagaan dan kewangan Islam yang ditentukan Syarak.

Katanya lagi, pematuhan menyeluruh terhadap prinsip Syariah akan memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti hospital ini sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka negara yang memperjuangkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Atas rasa tanggungjawab, kami mahu turut sama mengembangkan dan menyebarkan manfaat pensijilan ini kepada lebih ramai lagi melalui modul latihan patuh shariah, program-program latihan profesional dan konsultasi,” katanya.

Menurut Mohd Adam lagi kepakaran Hospital Pakar An-Nur bukan hanya dalam kerangka hospital, malah merangkumi pengurusan dan kewangan yang turut boleh digunapakai untuk syarikat dan organisasi dari pelbagai industri lagi.

Sementara itu, SIRIM STS adalah pusat sumber sehenti utama bagi perkhidmatan berkaitan pembangunan Standard Industri SIRIM, penyedia latihan bagi peningkatan kemahiran teknologi dan kompetensi modal insan industri serta menawarkan perundingan. SIRIM STS juga adalah pusat pertanyaan kebangsaan mengenai halangan teknikal dalam perdagangan (WTO Technical Barier To-Trade) dan menyokong perkembangan pengetahuan dalam bidang teknikal melalui Perpustakaan Teknikal SIRIM.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad (dua dari kanan) menukar dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pengarah Hospital Pakar An-Nur, Mohd Adam Mohd Said (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS, Nik Sazali Nik Hussin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Dr. Shaharom Md Shariff (kiri) semasa Majlis Menandatangani MoU antara SIRIM STS Sdn Bhd dan Hospital Pakar An-Nur, di Bangi, Jumaat.

 

SIRIM STS Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hospital Pakar An-Nur, bagi membangunkan modul latihan profesional patuh syariah dalam perkhidmatan perubatan

Read more
  • Published in News
No Comments

Upcoming Events

Dec 4
December 4 - December 22

YEAR-END PROFESSIONAL TRAINING

Dec 4
December 4 - December 28

IECEX PERSONNEL COMPETENCY TRAINING 2023

Dec 12
December 12 - December 14

BASIC ARC WELDING TECHNOLOGY SMAW/GTAW/GMAW

Dec 18
December 18 - December 19

INTRODUCTION TO MICROSOFT POWER BI

View Calendar

GET IN TOUCH​

CALL: +603-5544 6200​

Enquiry Now

    Contact Details

    Business Details

    QuickLinks

    • Online Registration System
    • SIRIM Technical Library OPAC
    • SIRIM Standards Store
    • E-Learning
    • Draft SIRIM Industry for Public Comments

    Policy

    • Quality Policy
    • OSH Policy
    • Green 5S Policy

    Business Hour

    Customer Service Operating Hours
    Monday – Thursday: 8.00 am – 5.00 pm
    Friday: 8.00 am – 4.45 pm

    Lunch Break
    Monday – Thursday: 1.00 pm – 2.00 pm
    Friday: 12.30 pm – 2.45 pm

    Newsletter Signup

    By subscribing to our mailing list you will always be update with the latest news from us.

      Social Media

      SIRIM STS

      Copyright © 2023 SIRIM STS Sdn Bhd. All rights reserved.
      SIRIM STS SDN BHD (448249-A)
      SIRIM STS ISO 9001 Certificate (Certificate No: QEC30028)

      TOP