SIRIM STS

Online Registration System
SIRIM Technical Library OPAC
SIRIM Standards Store
E-Learning
Draft SIRIM Industry for Public Comments

QUESTIONS? CALL: +603-5544 6200
  • Home
  • About Us
  • Our Services
    • Training & Consultancy Services
      • Standards Based Management Systems
      • Lead Auditor Courses
      • Quality Tools & Techniques and Best Practices
      • Management and Soft Skills Training
      • IR4.0, Q4.0 & CompTIA and Welding & NDT
      • Standards Implementation Training
      • E-Learning
      • Personnel Certification Programmes
    • Standards & Consultancy Services
      • SIRIM Industry Standards
      • Standards Consultancy
    • Industrial Support & Services 
      • National WTO/TBT Enquiry Point
      • SIRIM Technical Library
      • Sales of Standards
  • Events
  • Media
    • Picture Gallery
    • Video Gallery
  • Contacts

SIRIM STS, UTM METERAI MoU BENTUK KERJASAMA STRATEGIK DALAM LATIHAN PROFESIONAL

SIRIM STS, UTM METERAI MoU BENTUK KERJASAMA STRATEGIK DALAM LATIHAN PROFESIONAL

by stsadmin / Thursday, 26 August 2021 / Published in Blog

Perkenal Program SIRIM ‘Certified Quality Professional’ untuk pelajar Sarjana Kejuruteraan Perindustrian

SIRIM STS Sdn Bhd pada 23 Ogos 2021 telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam bidang latihan profesional.

Melalui persefahaman ini, kedua-dua pihak akan membangunkan modul latihan untuk program profesional yang diperakui, bekerjasama dalam bidang penyelidikan terpilih, selain mengadakan pertukaran dan pembangunan kakitangan. SIRIM STS juga akan bekerjasama dengan UTM untuk melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat.

SIRIM STS juga akan memperkenalkan program SIRIM Certified Quality Professional (CQP) kepada pelajar Sarjana Sains Kejuruteraan Perindustrian (MScIE) di UTM, yang menjadikan UTM sebagai universiti awam pertama yang menawarkan CQP kepada pelajar program sarjananya.

SIRIM STS berharap dapat menyediakan pengiktirafan profesional kepada individu yang berjaya menamatkan program berkenaan dan membangunkan kepakaran tempatan dalam amalan kualiti untuk memenuhi permintaan industri.

Dalam sesebuah organisasi, CQP adalah pekerja yang diberikan mandat melaksanakan aktiviti berkaitan kualiti dengan menggunakan prinsip dan tul-tul kualiti. Mereka merupakan pakar rujuk Pengurusan Kualiti organisasi di mana mereka telah mempelajari kaedah terkini dalam Pengurusan Kualiti dan amalan terbaik industri.

Kerjasama UTM-SIRIM STS diyakini dapat menyokong usaha melahirkan siswazah yang mempunyai nilai tambah sebagai profesional diperakui seterusnya membantu pertumbuhan nasional modal insan industri tempatan agar lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat global.

Program CQP secara bersemuka dijangka mula dilaksanakan di UTM pada Oktober 2021 iaitu selama tiga semester. Bagaimanapun, program secara atas talian telah bermula sejak Mac 2020. Setakat ini, 18 pelajar MScIE telah ditawarkan bagi mengikuti program berkenaan.

Hubungan UTM dan SIRIM STS telah terjalin sejak 2017 lagi di mana SIRIM STS turut dijemput sebagai ahli panel penasihat industri bagi Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Industri) dan Program Sarjana Sains (Kejuruteraan Industri) universiti berkenaan. SIRIM STS juga turut terbabit dalam pelbagai program taklimat industri anjuran UTM.

UTM adalah universiti ketiga selain Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan AIMST University Malaysia yang telah menjalin Kerjasama Strategik dengan SIRIM STS dalam melaksanakan CQP. Sehingga kini, SIRIM STS telah mentauliahkan 451 individu melalui pelbagai SIRIM Personnel Certification Program di mana 50 daripada mereka telah ditauliahkan sebagai CQP.

  • Tweet

About stsadmin

What you can read next

Ikan bilis ikan jerung
SIRIM STS recognized as the Safety and Health Officer Training Provider
Set the Standard High

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Upcoming Events

Sep 25
September 25 - September 26

ESG REPORTING

Oct 2
October 2 - October 3

INTRODUCTION TO LEAN SIX SIGMA

Oct 4
October 4 @ 8:00 am - October 5 @ 5:00 pm

PHOTOVOLTAIC (PV) PERFORMANCE MONITORING SYSTEMS

Oct 9
October 9 - October 13

SIX SIGMA GREEN BELT

Oct 9
October 9 - October 10

MS 1514:2022 GMP COMPLIANCE PLAN LAYOUT

View Calendar

GET IN TOUCH​

CALL: +603-5544 6200​

Enquiry Now

    Contact Details

    Business Details

    QuickLinks

    • Online Registration System
    • SIRIM Technical Library OPAC
    • SIRIM Standards Store
    • E-Learning
    • Draft SIRIM Industry for Public Comments

    Policy

    • Quality Policy
    • OSH Policy
    • Green 5S Policy

    Business Hour

    Customer Service Operating Hours
    Monday – Thursday: 8.00 am – 5.00 pm
    Friday: 8.00 am – 4.45 pm

    Lunch Break
    Monday – Thursday: 1.00 pm – 2.00 pm
    Friday: 12.30 pm – 2.45 pm

    Newsletter Signup

    By subscribing to our mailing list you will always be update with the latest news from us.

      Social Media

      SIRIM STS

      Copyright © 2023 SIRIM STS Sdn Bhd. All rights reserved.
      SIRIM STS SDN BHD (448249-A)
      SIRIM STS ISO 9001 Certificate (Certificate No: QEC30028)

      TOP