SIRIM STS perkenal standard penarafan tandas masjid dan surau melalui program CSR

Pada 19 September 2020 lalu, satu Program CSR SIRIM STS Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya di ‘surau angkat’ SSTS iaitu Surau Al-Ansor Seksyen 2 Shah Alam.  Agenda utama program adalah taklimat berkenaan standard SIRIM 1, Garis panduan kebersihan tandas masjid dan surau dan SIRIM 2, Garis panduan penarafan kebersihan tandas masjid dan surau.

Seramai 16 anggota kerja SSTS diketuai YM CEO, Raja Yahya Raja Ariffin telah menghadiri program berkenaan, manakala Surau Al-Ansor diwakili oleh 10 AJK Surau diketuai Timbalan Pengerusi, Hj Safwan Zubir Ismail.

Taklimat SIRIM 1 dan SIRIM 2 telah disampaikan oleh pegawai dan jurulatih SSTS, En Mohd Hazwan Zulkefly, diikuti demonstrasi pengauditan penarafan yang membabitkan kedua-dua pihak.

Program telah berlangsung dalam suasana santai dan meriah dan kedua-dua pihak amat berpuas hati dan teruja untuk meneruskan ukhwah yang terjalin melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>